mengajar dan belajar setiap hari...

Wednesday, May 12, 2010

Tiang gol tidak akan berubah ...






pada 5 Mei 2010. sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1 telah menghantar pasukan bola jaring sekolah mewakili PKG Ceneh untuk pertandingan MSSD Kemaman. guru pengiring seramai 3 orang iaitu aku sendiri, puan Suzana Sena dan Puan Irmawaty Ahmad Rusdy. Penolong Kanan Pentadbiran turut sama-sama turun memberikan sokongan. bekas PK iaitu Puan Molly Lim yang kini berkhidmat di SK Binjai turut datang walaupun pasukan sekolah tewas dengan sekolahnya denagn keputusan 14-12... apa yang membanggakan 2 orang murid turut terpilih menjalani latihan pusat di SMK Chukai.... banyak perkara kontroversi sepanjang pertandingan... tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah kerana berjaya mendapat tempat ke-3 daripada semua sekolah rendah di daerah Kemaman selepas SK Binjai dan SK Seri Iman...... harapan untuk menukar tiang gol baru tidak jua kesampaian.

Saturday, February 6, 2010

kegilaan facebook

laman web sosial paling popular iaitu facebook semakin mendapat tempat di hati semua guru tak kira yang masih junior mahupun guru veteran... Semua orang duk akses facebook... kira meriahlah sebab sekolah mempunyai akses internet tanpa wayar maka ada je kelapangan sibuk le masing-masing duk mencari rakan-rakan lama...ada yang duk gelak sorang-sorang pun ada... inilah kecanggihan zaman siber... rakan yang dah terpisah berbelas tahun pun masih dapat dihubungi dengan menggunakan facebook...apa yang penting dalam duk leka kita ber'fb' jangan lupa dengan kelas dan lesson note... selamat mencari rakan di dalam facebook hehehehe