mengajar dan belajar setiap hari...

Tuesday, November 24, 2009

SPM DATANG LAGI

MUSIM DEMAM PEPERIKSAAN
Semua pelajar tingkataan 5 seluruh negara sedang sibuk menghadapi peperiksaan SPM...wah seronok sangat jaga budak2 ni ambik SPM. SMK Binjai le tempat aku duk jaga exam SPM ni... teringat kenangan lalu masa aku ambik SPM 1998. masa ambik SPM saya bersekolah kat SMK Tengku Intan Zaharah Dungun. Duk dalam kelas 5 Intan (sc1). skang ni format kertas soalan sekarang banyak sangat berbeza... contohnya Pendidikan Islam dah ada objektif dan ada 2 kertas pulak tu...dulu satu je takde objektif pun semua esay...siap ada isi tempat kosong lagi....dulu semua main jawab dalam kertas kajang tapi sekarang semua dah ada buku soalan dan ada yang hanya tulis balik dalam kertas soalan... senang kan ambik spm zaman sekarang? Peredaran zaman tak boleh dihalang tapi yang paling syok ialah zaman dulu semua pelajar duk mengejar gred / pangkat 1 siapa dapat pangkat 2 dan 3 tak grand le dan paling malang dapat Sijil Amat Pintar (SAP) memang naya... teringat dapat gred 1 aggregat 14 terror tak?....tapi ada lagi pelajar yang boleh dapat 11 agregat kat sekolah. tapi paling menyampah jaga SPM ni tengok budak aliran sastera...dahlah datang lambat muka toya dan paling menyakitkan hati tak serius langsung nak exam... paling ntah apa2 ialah ada yang tak datang langsung peksa... suka hati diorang je....

Monday, October 19, 2009

percutian yang menderakan diri


PEMANDANGAN PESISIR PANTAI YANG MEMBIRU
DISEBERANG TANAH SEMENANJUNG




PENAT TAPI SERONOK LE JUGAK





SERONOK BETUL SAMPAI TERBAYANG MUKA


PENSYARAH KAT DALAM AIR TU



DI JETI SEBELUM KE PULAU KAPAS


semalam, tika semua pensyarah seronok bercuti group cikgu-cikgu telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pulau Kapas... segala soalan umum, kandungan dan unit telah diaplikasikan emasa lawatan tersebut. hanya kami bertiga je yang lelaki dan selainnya perempuan seramai 8 orang. seronok sangat sambil bersnorkeling dan mengutip gamat hitam... penghulu kami begitu teruja untuk bermain kayak dengan si saufi. aktiviti lain ialah bermain di kawsan pantai Pulau Kapas dan sesi fotografi yang agak memenatkan. pulang je dari pulau, kami terus ke kafe untuk menikmati kelaparan....apa yang pasti semalam memang takde kelas dan ada cikgu yang bengang sebab pensyarah seorang pun tak datang... buat penat je... semoga kenangan melancong ke Pulau Kapas akan tersemat di hati sanubari setiap peserta yang menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari... seronok-seronok jugak!!! lusa aku kena buat simulasi pengajaran dalam kelas.... tension jea u all!!!!!!!!!!!







Sunday, October 11, 2009

dadah projek base learning

sila masukkan bahan atau hasil kerja ke dalam blog saya

Sunday, October 4, 2009

MUSIM HUJAN DAN CHICKEN POX

masuk minggu ke-2, roomate aku teelah disahkan menghidap chicken pox.... setelah mendapat mc 2 hari, kitorang terpaksa ddatang semula ke klinik kerana demam hafis semakin meningkat dan timbul biji-biji kat badan... mujurlah MA Klinik Kesihatan Marang memberi layanan yang baik dan menasihatkan Hafis supaya datang semula pada hari Selasa supaya MC dapt disambung....mungkin seminggu kot.... nak tak nak terpaksa aku pindah ke bilik sebelah bagi mngelakkan aku dijangkiti Chicken Pox... aku dah kena penyakit ni masa cuti semester sebulan masa belajar kat UPM.... sakitnya tuhan saja yang tahu. pantang pun banyak.... harap-harap tak kena lagi....tension jea

Wednesday, September 30, 2009

PEMBENTANGAN HASIL KERJA KUMPULAN

Trio wanita dari Pahang tengah syok membentangkan hasil kerja kumpulan mereka
Penghulu sedang membentangkan hasil kerja kumpulan beliau


Hari ke 3 kursus membolehkan semua peserta untuk membentangkan hasil kerja kumpulan tentang elemen2 bestari dalam pembelajaran. elemen bestari terdiri daripad pendekatan pembelajaran, ciri-ciri pelajar, kemahiran generik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. masing-masing penuh bersemangat untuk membentangkan dapatan pemerhatian kepada semua peserta kursus dan setiap pembentangan mendapat komen pensyarah maktab iaitu en. Rashid. semua hasil pembentangan ini akan digunapakai dalam minggu ke-3 untuk menyiapkan RPH bagi digunakan bagi simulasi pada minggu ke-4.


Add Image





Tuesday, September 29, 2009


MURID DAN PEPERIKSAAN

25 hb 10 merupakan tarikh bermulanya peperiksaan akhir tahun. kebiasaannya kerja guru akan meningkat berlipat kali ganda untuk menanda kertas jawapan peperiksaan dan menyediakan markah murid. harapan aku budak-budak ni dapatlah menjawab soalan peperiksaan dengan baik.... istilah menembak guna senapang, pistol dan m16 dah jadi kemestian untuk budak-budak ni menembak jawapan masa peperiksaan....aduhhhh kembalinya aku dari kursus nanti sudah tentu bertimbun kerja yang berlonggok tersembul di atas meja... nak tak nak kenalah buat jugak. majlis penyampaian hadiah pun akan diadakan dan tahun ni harap2 orang lain yang akan jadi pengacara majlis. kedai buku pun perlu diselesaikan segala hutang piutang dengan pembekal dan benda yang paling penting ialah semua fail-fail panitia perlu diupdate.... satu lagi harap-harap dapatlah jadi pengawas SPM... korang semua apacerita pulak.... dah bersedia ke untuk bercuti akhir tahun....

kursus bestari

sekarang ni tengah sibuk mengikuti kursus bestari ambilan ke 3 2009 di PSPN Marang Terengganu. peserta kursus seramai 20 orang yang terdiri daripada cikgu yang didatankan khas ddari Pahang dan Terengganu. kursus berlangsung selama 4 minggu dan di akhir kursus akan diadakan simulasi atau yang lebih senang nak cakap mikroteaching... balik di sekolah kena sediakan apa yang dipelajari dan pensyarah maktab akan datang observe...... rasa macam duk maktab balik....... doakan kitorang ni sukses dengan kursus ni....kesian kat anak murid yang terpakasa berpisah dengan guru dan anak kucing saya yang ada kat kuarters...huhuhuhuhuhu