mengajar dan belajar setiap hari...

Wednesday, September 30, 2009

PEMBENTANGAN HASIL KERJA KUMPULAN

Trio wanita dari Pahang tengah syok membentangkan hasil kerja kumpulan mereka
Penghulu sedang membentangkan hasil kerja kumpulan beliau


Hari ke 3 kursus membolehkan semua peserta untuk membentangkan hasil kerja kumpulan tentang elemen2 bestari dalam pembelajaran. elemen bestari terdiri daripad pendekatan pembelajaran, ciri-ciri pelajar, kemahiran generik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. masing-masing penuh bersemangat untuk membentangkan dapatan pemerhatian kepada semua peserta kursus dan setiap pembentangan mendapat komen pensyarah maktab iaitu en. Rashid. semua hasil pembentangan ini akan digunapakai dalam minggu ke-3 untuk menyiapkan RPH bagi digunakan bagi simulasi pada minggu ke-4.


Add Image





Tuesday, September 29, 2009


MURID DAN PEPERIKSAAN

25 hb 10 merupakan tarikh bermulanya peperiksaan akhir tahun. kebiasaannya kerja guru akan meningkat berlipat kali ganda untuk menanda kertas jawapan peperiksaan dan menyediakan markah murid. harapan aku budak-budak ni dapatlah menjawab soalan peperiksaan dengan baik.... istilah menembak guna senapang, pistol dan m16 dah jadi kemestian untuk budak-budak ni menembak jawapan masa peperiksaan....aduhhhh kembalinya aku dari kursus nanti sudah tentu bertimbun kerja yang berlonggok tersembul di atas meja... nak tak nak kenalah buat jugak. majlis penyampaian hadiah pun akan diadakan dan tahun ni harap2 orang lain yang akan jadi pengacara majlis. kedai buku pun perlu diselesaikan segala hutang piutang dengan pembekal dan benda yang paling penting ialah semua fail-fail panitia perlu diupdate.... satu lagi harap-harap dapatlah jadi pengawas SPM... korang semua apacerita pulak.... dah bersedia ke untuk bercuti akhir tahun....

kursus bestari

sekarang ni tengah sibuk mengikuti kursus bestari ambilan ke 3 2009 di PSPN Marang Terengganu. peserta kursus seramai 20 orang yang terdiri daripada cikgu yang didatankan khas ddari Pahang dan Terengganu. kursus berlangsung selama 4 minggu dan di akhir kursus akan diadakan simulasi atau yang lebih senang nak cakap mikroteaching... balik di sekolah kena sediakan apa yang dipelajari dan pensyarah maktab akan datang observe...... rasa macam duk maktab balik....... doakan kitorang ni sukses dengan kursus ni....kesian kat anak murid yang terpakasa berpisah dengan guru dan anak kucing saya yang ada kat kuarters...huhuhuhuhuhu