mengajar dan belajar setiap hari...

Monday, May 7, 2012

BAHASA MELAYU TAHUN 5
sila baca nota dan jawab soalan berikut . 

nota dan soalan kata adjektif

Sunday, May 6, 2012

kursus kelas maya dan e-book guru-guru sekolah rendah daerah kemaman di btpnt marang terengganu


... sungguh menyeronokkan ...
lepas ni kena dapatkan e-book free...baru berkobar-kobar nak mengajar ict huhuhu
mari pakat install dropbox
https://www.dropbox.com/

Tuesday, July 12, 2011

PENGISIAN DATA SSQS

haha lama tak menulis dan update blog....maklumlah kerja banyak...tahun ni Guru Besar baru so kerja jadi bertimbun le...sekarang ni sibuk duk isi SSQS untuk tahun 2011...jadi cikgu yang tak isi lagi maklumat bolehlah buat sekarang hahah...jangan tunggu last minute baru duk kalut nak isi data hahhaha
boleh buka le sekarang

http://ssqs.moe.edu.my/
selamat mengisi data ye kawan-kawan!

Wednesday, May 12, 2010

Tiang gol tidak akan berubah ...






pada 5 Mei 2010. sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1 telah menghantar pasukan bola jaring sekolah mewakili PKG Ceneh untuk pertandingan MSSD Kemaman. guru pengiring seramai 3 orang iaitu aku sendiri, puan Suzana Sena dan Puan Irmawaty Ahmad Rusdy. Penolong Kanan Pentadbiran turut sama-sama turun memberikan sokongan. bekas PK iaitu Puan Molly Lim yang kini berkhidmat di SK Binjai turut datang walaupun pasukan sekolah tewas dengan sekolahnya denagn keputusan 14-12... apa yang membanggakan 2 orang murid turut terpilih menjalani latihan pusat di SMK Chukai.... banyak perkara kontroversi sepanjang pertandingan... tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah kerana berjaya mendapat tempat ke-3 daripada semua sekolah rendah di daerah Kemaman selepas SK Binjai dan SK Seri Iman...... harapan untuk menukar tiang gol baru tidak jua kesampaian.

Saturday, February 6, 2010

kegilaan facebook

laman web sosial paling popular iaitu facebook semakin mendapat tempat di hati semua guru tak kira yang masih junior mahupun guru veteran... Semua orang duk akses facebook... kira meriahlah sebab sekolah mempunyai akses internet tanpa wayar maka ada je kelapangan sibuk le masing-masing duk mencari rakan-rakan lama...ada yang duk gelak sorang-sorang pun ada... inilah kecanggihan zaman siber... rakan yang dah terpisah berbelas tahun pun masih dapat dihubungi dengan menggunakan facebook...apa yang penting dalam duk leka kita ber'fb' jangan lupa dengan kelas dan lesson note... selamat mencari rakan di dalam facebook hehehehe

Tuesday, November 24, 2009

SPM DATANG LAGI

MUSIM DEMAM PEPERIKSAAN
Semua pelajar tingkataan 5 seluruh negara sedang sibuk menghadapi peperiksaan SPM...wah seronok sangat jaga budak2 ni ambik SPM. SMK Binjai le tempat aku duk jaga exam SPM ni... teringat kenangan lalu masa aku ambik SPM 1998. masa ambik SPM saya bersekolah kat SMK Tengku Intan Zaharah Dungun. Duk dalam kelas 5 Intan (sc1). skang ni format kertas soalan sekarang banyak sangat berbeza... contohnya Pendidikan Islam dah ada objektif dan ada 2 kertas pulak tu...dulu satu je takde objektif pun semua esay...siap ada isi tempat kosong lagi....dulu semua main jawab dalam kertas kajang tapi sekarang semua dah ada buku soalan dan ada yang hanya tulis balik dalam kertas soalan... senang kan ambik spm zaman sekarang? Peredaran zaman tak boleh dihalang tapi yang paling syok ialah zaman dulu semua pelajar duk mengejar gred / pangkat 1 siapa dapat pangkat 2 dan 3 tak grand le dan paling malang dapat Sijil Amat Pintar (SAP) memang naya... teringat dapat gred 1 aggregat 14 terror tak?....tapi ada lagi pelajar yang boleh dapat 11 agregat kat sekolah. tapi paling menyampah jaga SPM ni tengok budak aliran sastera...dahlah datang lambat muka toya dan paling menyakitkan hati tak serius langsung nak exam... paling ntah apa2 ialah ada yang tak datang langsung peksa... suka hati diorang je....

Monday, October 19, 2009

percutian yang menderakan diri


PEMANDANGAN PESISIR PANTAI YANG MEMBIRU
DISEBERANG TANAH SEMENANJUNG




PENAT TAPI SERONOK LE JUGAK





SERONOK BETUL SAMPAI TERBAYANG MUKA


PENSYARAH KAT DALAM AIR TU



DI JETI SEBELUM KE PULAU KAPAS


semalam, tika semua pensyarah seronok bercuti group cikgu-cikgu telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pulau Kapas... segala soalan umum, kandungan dan unit telah diaplikasikan emasa lawatan tersebut. hanya kami bertiga je yang lelaki dan selainnya perempuan seramai 8 orang. seronok sangat sambil bersnorkeling dan mengutip gamat hitam... penghulu kami begitu teruja untuk bermain kayak dengan si saufi. aktiviti lain ialah bermain di kawsan pantai Pulau Kapas dan sesi fotografi yang agak memenatkan. pulang je dari pulau, kami terus ke kafe untuk menikmati kelaparan....apa yang pasti semalam memang takde kelas dan ada cikgu yang bengang sebab pensyarah seorang pun tak datang... buat penat je... semoga kenangan melancong ke Pulau Kapas akan tersemat di hati sanubari setiap peserta yang menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu Latihan Guru Bestari... seronok-seronok jugak!!! lusa aku kena buat simulasi pengajaran dalam kelas.... tension jea u all!!!!!!!!!!!